Coretan Memerdekakan Perpaduan
446 tahun dahulu..
kamus kehidupanku terus dijajah
kesemua asetku telah rakus dilapah
sehingga satu detik bersejarah
tanggal 31 Ogos 1957
Kini..
Malaysia tidak lagi ditangisi
dengan penderitaan dan keperitan
apabila pulangnya rombongan kemerdekaan
simbolik kemerdekaan dikecapi
Malaysia..
satu gugusan paling unik di dunia
gabungan tiga kaum utama negara
UMNO, MCA dan MIC
Bersatu memacu mengukir nama
Wawasan 2020..
misi utama negaraku tercinta
ku semat erat amanah pejuang
meneruskan kemajuan di sebalik kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa merdeka
Merdeka..
adakah betul kita merdeka?
bersatu dalam mengukuhkan perpaduan
bebaskan diri dari penjajahan mentaliti
menjadi seorang warganegara terbilang
meneruskan legasi bersama pemimpin cemerlang
merdeka tetap terus merdeka..
Nukilan: Shahrol Fahmie Suaidi
No comments:
Post a Comment