People nowadays seem to be very vocal regarding love. Actually some people know best how to express their love. Somehow, life does not allow it to happen. First thing first, we need to know the meaning of love. Love is a feeling to be loved and loving. In fact, we need to love our creator, almighty Allah. If you love Him, you will love those who love Him especially your prophet and His followers. Islam is the way of life. When you step in this world, you had an agreement with Him so that you can behave and appreciate your life. At that moment, you try to love your life in your mother's womb and cry when you step into a new life which is this world. Basically, we have known what is love since our era in a place called womb. Do not bluff if you never know what love is. Second, we need to love our prophet as he is the best human in this world. He is the last messenger and we should follow all his Sunnah. Why?Because he is also a human being that we can follow from the beginning of life until the day we die. Hopefully, faith is still in our body as the day we need to leave this world. Friends keep changing while family remains the same. Love your family members as hoping that you can unite as a family in Jannah. This is because some people do love their friends than their family. It is okay to love those who love us but we need to prioritize accordingly. Couple?Is there such term in Islam?No. Absolutely not. Couple just exist in marriage world. However, teenagers tend to pray for any couple without any legal relationship. They think they are the best by showing that they are much closer than married couple. Change you mind set people. They only love you for your lust. Satan is everywhere. The best thing is, pray for your future life. Pray for your partner to be. Pray for everything that you want the best in life because Allah had destined the best to you. You can change the destiny by His bless. Life is not all about praying by doing nothing. Make some efforts and pray for that to happen. Love is not the only way to allow your lust to be the king. Love is something that you can create and put in your soul with bless. Understand love from Islam perspective if you are a Muslim. Put your love for Allah so that He can spread the love only for the bless.
Saturday, December 15, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Genting Highlands
Genting is one of the most exciting memories that I should not ever forget in my life. Cold environment as I expected. The journey took about 2 hours and half from Kajang station. 5 boys were heading to Genting by a rapid bus so called as an expert. Arrived and lined up to fly by "skyway". It took about 30 minutes to reach at the top of Genting. Hardly to breath as the height is increasing. Most people were so eager to play 36 games provided. Unfortunately, we just wasted our precious time by waiting and waiting. Firstly, we played a game just like a roller coaster as I forgot the real name. I don't think I would try it for the second time in my life as it was horrible. Life should not be scared. Enjoyment was at the end of the play. Lol!They were all screaming and I was speechless. Too scared to say any single word. We moved on to another game, whereby it just like a flying sway. Again, it was really high! The next game was about crazy spider-man. It was really crazy as we have to lay down our body and spin like a mad spider-man. It was really exciting. Only Allah knows how I feel at that time. Another game is called pirate ship. It was really pirate by the way. Again, height is the factor to scare people. In conclusion, Malaysians love to scream themselves including the one who writes this enttry. HAHAHA.
Saturday, December 1, 2012
Iman
Titik kehidupan (iman)
Kehidupan adalah satu lukisan yang dilukis
oleh pelukisya iaitu kita. Semua dari kita mempunyai warna-warna yang menarik
dalam kehidupan. Namun, kadangkala sering tidak kita sedari bahawa warna ini
bukan sahaja menunjukkan diri kita yang sebenar tetapi ia juga mempengaruhi
gaya kehidupan kita. Jika kita berjaya mengelak coretan hitam di dalam kanvas
kehidupan kita, maka ia adalah satu kejayaan hebat bagi kita. Sebenarnya,
kehidupan kita berlandaskan tiga paksi utama yang rata-ratanya sering dipandang
enteng oleh sesetengah kita. Masyarakat yang berada dalam kalangan pasca moden
ini sering mengabaikan apa yang penting malah selalu memperbesarkan perkara
yang remeh. Tiga perkara utama yang sangat penting ialah iman, hati dan nafsu.
Ketiga elemen dalam aspek kehidupan kita seringkali berlegar dalam kancah
kehidupan seorang insan. Ya, tiada manusia sempurna. Oleh yang demikian, kita
perlu mengingati antara satu sama lain atas tiket kita sebagai seorang insan
yang lemah. Insan yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Iman adalah
antara aspek terpenting yang perlu difahami setiap manusia.
“Sesungguhnya di dalam
diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amalnya.
Ketahuilah, ia adalah hati.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Iman tersusun rapi kepada 6 prinsip utama. Ia
adalah mengenal Allah, mengenal alam, mengenal kitab-kitab Allah, mengenal para
nabi dan rasul, mengenali hari akhirat dan juga mengenali qadar. Jika kita
berjaya mengenal Allah atas cinta kita kepada-Nya, nescaya kehidupan ini akan
indah. Namun, adakah kita betul-betul mengenal Allah sebaik kita dilahirkan ke
bumi?Atau kita hanya mengenali Allah semasa saat kita menghadapi kesukaran
dalam kehidupan?Atau hanya semasa kita inginkan kejayaan sementara di dunia
ini. Tepuk dada tanya iman. Teruskan mengenal Allah dengan mengetahui
sifat-sifatnya dan teruskan mempercayai-Nya kerana hanya Dialah yang layak
disembah. Seterusnya, rukun iman kedua ialah mengenal alam.
Berapa
ramai di antara kita yang mengucapkan “Subhanallah” jika melihat sesuatu
kecantikan?Hal ini kerana alam ini adalah bukti utama mengapa kita perlu patuh
dan taat kepada perintah Allah. Allah bukan sahaja menjadikan manusia dengan
akal dan tubuh badan sempurna malah Allah juga berkuasa menetapkan sesuatu
perkara. Seorang bukan Islam pernah bertanya, “Jika Tuhan itu sempurna, mengapa
dia jadikan manusia tidak sempurna”? Hal ini kerana Allah itu mencipta sesuatu
dengan sebab dan asas yang kukuh. Ingatlah bahawa sehelai daun di muka bumi ini
tidak akan jatuh ke bumi tanpa izin Allah. Manusia yang dijadikan tidak
sempurna adalah simbol untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada manusia yang
sempurna sifatnya supaya terus bersyukur. Mereka juga perlu mengetahui bahawa
hidup ini boleh berubah sekelip mata dengan izin-Nya.
Wahai manusia, apakah
yang telah menyebabkan engkau lalai dan leka daripada mengingati Tuhanmu yang
mulia? Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu
sesuai (dengan tujuan anggota itu diciptakan), dalam apa jua bentuk dan rupa Allah
menyusun kejadianmu seperti mana yang Dia kehendaki. (Al-Infithor : 6-8)
Seterusnya, kita seharusnya mengenal
kitab-kitab Allah. Bukan hanya dari segi kitab al-Quran, malah apa sahaja kitab
yang berkaitan agama kita iaitu Islam. Islam itu mudah tetapi jangan memudahkan
islam. Islam menuntut kita untuk mencari ilmu bermanfaat tetapai berapa ramai
sahaja umat islam yang dahagakan ilmu berkaitan islam berbanding hiburan yang
melalaikan?Berapa ramai sahaja umat kita yang masih berfikiran islam adalah cara
kehidupan kita?Media massa masa kini adalah luas dan sesiapa sahaja boleh
berhubung di mana-mana. Maka, ia terpulang kepada si pencari ilmu sama ada
iamentarbiyahkan jiwa ke arah yang lebih baik atau terus hanyut dalam warna
kehidupan yang hitam dan gelap. Imam Syahid Hasan Al-Banna berkata di dalam
Risalah Muktamar Kelima: “Sesungguhnya
proses pembinaan umat dan mendidik masyarakat, menggapai cita-cita dan
memenangkan prinsip memerlukan ummah yang memiliki ‘kekuatan jiwa’ yang
terungkap seperti berikut; keinginan yang padu yang tidak mampu dilemahkan,
kesetiaan tanpa pengkhianatan, pengorbanan yang mulia yang membuang rasa bakhil
dan mengetahui prinsip dan beriman dengan prinsip tersebut.” Al-Quran
adalah kitab teragung di dunia kerana ia merangkumi setiap aspek kehidupan kita
sama ada yang lama mahupun yang baharu. Kajilah ia sedalam mungkin agar
kehidupan ini menjadi lebih bermakna untuk kita terapkan dalam setiap saat
kehidupan kita. Nescaya dua malaikat yang sentiasa bersama kita akan
mencatatkan amal kebaikan yang ingin kita lakukan walau di mana kita berada.
Insya-Allah semoga para pembaca juga akan beroleh manfaat berguna apabila kita
mengkaji ilmu akhirat. Sesungguhnya ilmu akhirat itu menjamin ilmu dunia.
Barangsiapa yang mencari kebahagiaan akhirat, nescaya dia akan memperolehi
bahagia di dunia dan akhirat. Namun, jika dia hanya cintakan kebahagiaan dunia,
maka dia tidak akan dapat memperoleh kebahagiaan akhirat.
Selain itu, kita juga diseru untuk mengenal
para nabi dan Rasul. Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir bagi semua umat
Islam. Dialah contoh terbaik dan teragung bagi umat Islam keran dia merupakan seorang manusia. Setiap tutur kata
dan perbuatannya wajar dijadikan panduan hidup seorang insan. Hal ini kerana
manusia sering kali mencontohi tokoh yang mereka sanjungi dan mengetepikan
sunnah nabi. Alangkah eloknya jika kita berjaya mengikut hampir kesemua sunnah
nabi dalam segenap aspek kehidupan kita.
Namun, pernahkah kita mengetahui riwayat hidup beliau? Jika belum,
pujuklah hati supaya kamu masih berpeluang mengamalkan sunnahnya sebelum
terlambat. Nabi sangat sayangkan umatnya dan cintakan kita sehingga dia sanggup
menerima azab penderitaan saat getir kematiannya. Nabi juga sangat khuatir jika
kita tidak menunaikan solat dan memohon kepada Allah untuk mengurangkan bilangan
solat. Sungguh besar pengorbananmu ya Rasulullah. Dakwah dan perwatakanmu
sungguh suci serupa embun di pagi hari.
Dalam hadis Jiril yang mahsyur, ketika dia
datang bertemu Nabi s.a.w dalam bentuk seorang badwi bertanya tentang Islam,
iman dan ihsan, Nabi s.a.w menjawab tentang iman:Kamu percaya kepada Allah, para malaikatnya, kitab-kitabNya, para
rasulNya, Hari Terakhir (Hari Qiamat)
dan kamu percaya kepada qadar (ketetapan Allah), baik dan buruknya. (Riwayat
Muslim daripada Umar bin al Khottob r.a)
Rukun
iman kelima ialah mengenali hari akhirat dan persitiwanya. Saban hari kita
terlupa bahawa kematian itu pasti. Berapa ramai antara kita yang menyedari
hakikat hari akhirat iaitu hari pembalasan bagi seluruh umat sejagat.
Diceritakan pelbagai kisah ngeri berkenaan azab dalam neraka Jahanam dan
keindahan syurga Firdaus. Jika ditanya kepada semua pembaca hatta yang sedang
melakukan maksiat pun, mereka pasti akan memilih syurga. Seburuk mana pun kamu
di dunia, percayalah pintu taubat tidak pernah tertutup jika masih ada lagi
cahaya iman di dalam hati kamu. Mengenali hari akhirat bukan sahaja akan
memberi kesedaran kepada kita, malah memujuk hati kita supaya terus beribadat
kepada Allah bagi mendapatkan kebahagiaan yang tiada berpenghujung. Ayah pernah
berpesan, “ Sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid akan di curahkan
tembaga yang panas menggelegak ke dalam telinganya.” Betapa peritnya
orang-orang yang sengaja mencampakkan diri mereka ke dalam api neraka.
Allah
berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 195- bermaksud:
‘Jangan kamu mencampak diri kamu kepada
kebinasaan’.
Namun,
masih ada yang kuat mengangkat berat di mana-mana gimnasium tetapi lemah
mengangkat takbir di surau dan masjid.
Akhir sekali, kita hendaklah mengenali qadar
yang menjadi landasan sistem alam sejagat. Ia bertujuan membekalkan sesorang
dengan kekuatan dan keupayaan untuk berhadapan dengan pelbagai halangan dan
kesusahan. Boleh jadi kesusahan yang kita rasakan perit itu akan menjadi titik
tolak kepada kebahagiaan kita. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak.
Ketahuilah bahawa takdir Allah itu adalah yang terbaik dari setiap segi. Tidak
ada kebetulan dalam hidup ini di mana kita ditakdirkan terhadap sesuatu perkara
namun kita berpeluang mengubahnya untuk mendapatkan pilihan yang terbaik dalam
kehidupan. Kehidupan ini bukan untuk bersenang lenang dan berserah segalanya
dengan takdir tetapi kita pelu kuat dan bangkit untuk meneruskan kehidupan
sebaik yang boleh. Mencari berkat dan kekuatan daripada Allah adalah yang
sebaiknya. Jika kamu masih hidup pada hari ini, ingatlah dosa yang kamu lakukan
pada masa lampau. Hal ini kerana kamu masih banyak lagi peluang untuk melakukan
kebaikan kepada diri dan orang lain. Jagalah agama kamu nescaya kamu akan
selamat.
Jelaslah bahawa iman adalah bertujuan untuk
mendidik peribadi manusia, membersihkannya dan memandu jiwa ke arah yang lebih
agung. Ia adalah ruh bagi setiap manusia yang menghidupkan tabie manusia.
Tanpanya, ruh akan mati. Ia adalah cahaya yang sangat indah. Apabila cahaya itu
hilang daripada manusia, manusia akan sesat dalam fatamorgana kehidupan dan
hancur dalam kemusnahan kesesatan. Firman Allah Taala:
Dan adakah orang yang
mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah
petunjuk), dan Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami
jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan
antara yang benar dan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan
cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya)
sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat
keluar sama sekali daripadanya? (al-An’am:122)
Subscribe to:
Posts (Atom)